Jawatan kosong/ kerja kosong/ Jobs vacancies malaysia/ cari pekerjaan/ malaysia jobs : Pembantu Penyelidik
Badan Kerajaan Malaysia, Sciences Comments Off
Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja
sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda
WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.
Deskripsi tugas :
-Bertanggungjawab untuk mendapatkan data-data daripada peserta projek (menjalankan soal
selidik dan pengukuran)
-Menguruskan data-data yang diperolehi dan memasukkannya ke dalam sistem
-Melaksanakan lain-lain tugas seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dan Ketua
Bahagian/Unit dari semasa ke semasa
Lain-lain :
-Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang belum berkahwin/bujang dan boleh
-bekerja di lapangan atau luar Kuala Lumpur
-Makanan, minuman, pengangkutan & penginapan ditanggung semasa bertugas di lapangan
-Dilindungi oleh Skim Insuran Takaful Berkelompok
Kelayakan Minimum :
-Berumur tidak kurang dari 18 tahun
-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
-(gaji permulaan; Q17: P1T1 RM823.40); DAN
-Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
-Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
**Hanya calon dengan kelayakan SPM hingga Diploma sahaja yang layak memohon
Cara Memohon:
-Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1
salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan
dipertimbangkan.
Sila lengkapkan borang permohonan yang disertakan. Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU
emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang
permohonan dan sebarang maklumat lanjut.
Taraf jawatan : Kontrak
Tarikh tutup permohonan : Terbuka
** Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:
Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/Perjawatan)
phone no: 03-91710415
fax no: 03-91710397
email: the_malaysian_cohort@yahoo.com.my
jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ Jobs malaysia/ cari pekerjaan/ malaysia jobs : Pembantu Penyelidik

Recent Comments