jawatan kosong

iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F29)

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i)diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T1); atau
(ii)diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T2); dan
(d)lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
3.Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak

2. JURUUKUR BAHAN GRED (GRE J41)

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Calon hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan).
2.Taraf Jawatan : Kontrak

3. JURUTEKNIK GRED (GRED J17)

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai sijil dalam bidang kejuruteraan awam dan seni bina).
2. Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak

4. JURUTEKNIK LANDSKAP (GRED J17)

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Institut Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T8); atau
(ii) Sijil Senibina, Sijil Perancang Bandar dan Sijil Kejuruteraan Awam (Senibina) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam bidang grafik,autocad, phothoshop dan sketch-up).
2. Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak

CARA-CARA MEMOHON:
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat ATAUPUN secara Online di http://www.mpag2.gov.my

MUAT TURUN BORANG

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran,
gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
3. Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut (P.U.(A) 176/2005).
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=881)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 1 FEBRUARI 2010.

iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG)