jawatan kosong

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : MAJLIS DAERAH JEMPOL (MDJ)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di MAJLIS DAERAH JEMPOL (MDJ). Keutamaan akan diberikan kepada anak jati daerah Johol. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Jurutera  Gred J41  (lelaki sahaja)
KUMPULAN PERKHIDMATAN – Sokongan

JADUAL GAJI:
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P1T2 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P1T3 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79

JUMLAH KEKOSONGAN & TARAF JAWATAN : 1 ( Tetap )

Jadual gaji di atas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan
Sara Hidup dan elaun-elaun lain.

1 JURUTERA GRED J41 – 1 (TETAP)

Syarat Lantikan

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan
d)     lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

2) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera bidang kejuruteraan adalah
layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara
lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:-

a) (i)     mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera

Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; dan

b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penetapan Gaji Permulaan

3) Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred J41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan

Tempoh Percubaan

4) Jurutera Gred J41 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah
dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Latihan

5) Jurutera boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang
berkenaan.

Kursus Induksi/Peperiksaan
6)Jurutera Gred J41 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi
yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

7)Jurutera Gred J41 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

a) memenuhi tempoh percubaan;

b) hadir dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan; dan

c) diperakui oleh ketua perkhidmatan

Pergerakan Gaji Tahunan
8)Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan
berdasarkan prestasi perkhidmatan

Penilaian Tahap Kecekapan
9)     Jurutera hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan
untuk kenaikan pangkat.

CARA MEMOHON:

- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati dari Pejabat
Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter) ataupun mengirimkan satu sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm
beralamat sendiri, bersetem RM0.30 sen dan wang pos bernilai RM1.00. Pemohon juga boleh muat turun
borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol di alamat www.mdjl.gov.my dan sertakan wang
pos bernilai RM1.00 semasa permohonan dibuat.

- Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Surat
Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana
Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa
atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan

- Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan
Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

- Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah
lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TARIKH TUTUP PERMOHONAN – 30 Ogos 2010

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : MAJLIS DAERAH JEMPOL (MDJ)

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Jasin (MDJ)- 7 kekosongan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Daerah Jasin (MDJ), keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan.
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1.  Jawatan 1 – PEGAWAI PENILAIAN (GRED W41) (1 KEKOSONGAN)
Taraf Jawatan – Tetap
Jadual Gaji:
P1T1 RM1, 702.80 – P1T27 RM4, 688.95
P2T1 RM1, 798.82 – P2T27 RM4, 968.61
P3T1 RM1, 899.01 – P3T27 RM5, 255.39

2. Jawatan 2 – PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L41) (1 KEKOSONGAN)
Taraf Jawatan – Tetap
Jadual Gaji:
P1T1 RM1, 989.45 – P1T24 RM4, 700.07
P2T1 RM2, 085.46 – P2T24 RM4, 982.51
P3T1 RM2, 185.65 – P3T27 RM5, 274.82

3. Jawatan 3 – PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (GRED F41) (1 KEKOSONGAN)
Taraf Jawatan – Tetap
Jadual Gaji:
P1T1 RM1, 899.01 – P1T25 RM4, 715.17
P2T1 RM1, 995.02 – P2T25 RM4, 988.17
P3T1 RM2, 095.21 – P3T25 RM5, 284.57

4. Jawatan 4 – PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP (GRED J29) (1 KEKOSONGAN)
Taraf Jawatan – Tetap
Jadual Gaji
P1T1 RM1, 549.40 – P1T21 RM3, 046.80
P2T1 RM1, 620.49 – P2T21 RM3, 241.91
P3T1 RM1, 694.60 – P3T21 RM3, 430.90

5. Jawatan 5 – PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN (GRED S27) (1 KEKOSONGAN)
Taraf Jawatan – Tetap
Jadual Gaji:
P1T1 RM1, 204.55 – P1T26 RM3, 027.17
P2T1 RM1, 274.13 – P2T26 RM3, 213.25
P3T1 RM1, 346.73 – P3T26 RM3, 405.26

6. Jawatan 6 – PEMBANTU AKAUNTAN (GRED W17) (1 KEKOSONGAN)
Taraf Jawatan – Tetap
Jadual Gaji:
P1T1 RM 821.89 – P1T24 RM2, 152.86
P2T1 RM 873.32 – P2T24 RM2, 274.01
P3T1 RM 926.26 – P3T24 RM2, 399.46

7. Jawatan 7 – PEMBANTU PENGUATKUASA (GRED N17) (4 KEKOSONGAN)
Taraf Jawatan – Tetap/ Kontrak
Jadual Gaji:
P1T1 RM 820.38 – P1T24 RM2, 151.35
P2T1 RM 871.87 – P2T24 RM2, 272.50
P3T1 RM 924.75 – P3T24 RM2, 397.95

Tarikh Tutup Penyertaan : 12 Mac 2010

Untuk mendapatkan iklan lengkap dan membuat permohonan bolehlah didapati menerusi link di bawah:
<iklan Lengkap>

CARA-CARA MEMOHON:
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Majlis Perbandaran Jasin.
(b) Borang boleh didapati dengan hadir sendiri pada hari bekerja biasa di Pejabat Majlis
Perbandaran Jasin. Pemohon yang ingin memohon melalui pos mestilah menyertakan
sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm yang beralamat sendiri dan mempunyai setem bernilai
45 sen.
(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Beranak, Sijil
Kelulusan, Sijil Berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
(d) Permohonan-permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam
Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah
dikemukakan melalui Ketua jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan
Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan
bersama.
(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN JASIN,
77000 JASIN,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

Sebarang Pertanyaan Sila Berhubung di talian : 06-5291 245/ 5291 994/ 5291 811
Email : info@mpjasin.gov.my

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Jasin (MDJ)