
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBM)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBM) seperti berikut:
1.AHLI FOTOGRAFI (GRED B17)
Syarat Lantikan :
i) Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; atau
2.JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT17)
Syarat Lantikan :
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek Elektrik atau Elektronik atau Teknologi Maklumat pada peringkat peperiksaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1 T1) atau
(ii) Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat atau Prosesan Data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1 T6) atau
(iii) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1 T9) atau ; dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3.PEMBANTU AKAUNTAN (GRED W17)
Syarat Lantikan :
(a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W 17: P1 T2 ); atau
iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W 17: P1 T5); atau
iv)Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W 17: P1 T9) dan
v) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4.PEMBANTU PENGUATKUASA (GRED N17)
Syarat Lantikan :
(a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi perempuan tanpa bersepatu;
ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan. dan
(c) Calon yang memiliki kelayakan diperenggan 1(c) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
5.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (GRED U29)
Syarat Lantikan:
(a) (i) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Institusi -Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6); dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON :
Semua permohonan hendaklah mengunakan Borang Perjawatan yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan mengambilnya sendiri atau secara pos (dengan menyertakan sampul surat beralamat sendiri dan bersetem) dengan bayaran RM1.00. Borang yang telah diisi hendaklah di kemukakan kepada:-
DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH,
GRAHA MAKMUR,
NO. 1, LEBUH AYER KEROH,
75450 MELAKA
Tarikh Tutup Permohonan: 17 Februari 2010
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=937)
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBM)
