
iklan jawatan kosong : Majlis Perbandaran Langkawi (MPLBP)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Perbandaran Langkawi (MPLBP)
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. PEGAWAI PENGUATKUASA – Taraf Jawatan (Tetap)
Gred (N 41)
2. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT – Taraf Jawatan (Tetap)
Gred (F 29)
3. PENOLONG AKAUNTAN – Taraf Jawatan (Tetap)
Gred (W 27)
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – Taraf Jawatan (Tetap)
Gred (N 27)
Iklan lengkap boleh dilihat menerusi link di bawah:
<Iklan MPLBP>
CARA MEMOHON:
i) Borang permohonan boleh didapati dengan mengambil sendiri atau mengemukakan
sampul surat berukuran 11cm x 23 cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen
kepada Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis
Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan 07000 Kuah, Langkawi Kedah Darul
Aman.
ii) Pemohon-pemohon sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua
Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab A dengan menyertakan Kenyataan
Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini.
iii) Borang yang lengkap diisi hendaklah berserta salinan sijil-sijil kelulusan yang diperakui
sah sebagai salinan sebenar. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon
disudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
Tarikh tutup : 24 Jan 2010
iklan jawatan kosong : Majlis Perbandaran Langkawi (MPLBP)
