jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ Jobs malaysia/ cari pekerjaan/ malaysia jobs : Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Kerajaan Perak No Comments »

jawatan kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). KEUTAMAAN AKAN DIBERI KEPADA RAKYAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KHUSUSNYA PENDUDUK DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PENYELIA
2. FASILITATOR

Lihat Iklan Lengkap

Download Borang Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2012.

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ Jobs malaysia/ cari pekerjaan/ malaysia jobs : Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Batu Gajah

Kerajaan Perak Comments Off

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Batu Gajah,  Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1.PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED J29

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. dan;
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

2.JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.; atau
(b) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(c) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. TUKANG K3 (Pendawai & Pencari Kerosakan) GRED R9

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau
(ii) Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan Bermotor, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(b) (i) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama
ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan
atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. dan
(c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
(i) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan.
(ii) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.
(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(iv) Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.

PEMOHONAN:-
1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDBG1 yang boleh didapati dengan bayaran RM2.00 atau mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 32cm x 22cm berserta Wang Pos RM2.00 dan bersetem RM1.00 sen kepada alamat seperti yang tercatat dibawah atau mengambil sendiri di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 1, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Batu Gajah.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran passport.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH,
JALAN HAJI ABDUL WAHAB,
31000 BATU GAJAH

Tarikh tutup permohonan pada atau sebelum: 18 Mac 2010
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1067)

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Batu Gajah

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Kerajaan Perak Comments Off

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)- 8 kekosongan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. JURUTERA AWAM (Gred J41)
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (Gred N32)
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (Gred U32)
4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA (Gred J29)
5. PENOLONG JURUAUDIT (Gred W27)
6. PEMBANTU PENGUATKUASA (Gred N22)
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (Gred W17)
8. PENGHANTAR NOTIS (Gred N3)

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDBG1 yang boleh didapati dengan bayaran RM2.00 atau  mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 32cm x 22cm berserta Wang Pos RM2.00  dan bersetem 50 sen kepada alamat seperti yang tercatat dibawah atau mengambil sendiri di Jabatan Khidmat Pengurusan,  Aras 1, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Batu Gajah.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran passport.

Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005  dengan menyertakan salinan Penyata Perkhidmatan bertaip yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

1. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan.
2. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.
3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
4. Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis Daerah  Batu Gajah.

Alamat Permohonan:-

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH,
JALAN HAJI ABDUL WAHAB,
31000 BATU GAJAH

Tarikh tutup permohonan pada atau sebelum:  25 Februari 2010

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in