
iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Lembaga Getah Malaysia (LGM). Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. PEGAWAI TADBIR (GRED N41)
2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA (GRED N27)
3. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK (GRED Q27)
4. PEMBANTU PENYELIDIK (GRED Q17)
5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17)
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N17)
7. JURUTEKNIK (GRED J17)
8. PENGAWAL KESELAMATAN (GRED KP11)
9. OPERATOR LOJI (GRED R3)
10. PEMBANTU AM PEJABAT (GRED N1)
11. PEKERJA AWAM (GRED R1)
CARA MEMOHON:
(a) Jawatan 1 hingga Jawatan 7 perlu memohon secara online dengan melayari laman web http://www.lgm.gov.my (Online Services/Job Vacancies)
PERMOHONAN SECARA ONLINE
(b) Jawatan 8 hingga Jawatan 11 perlu memohon menggunakan borang rasmi. Sila layari laman web http://www.lgm.gov.my (Forms/Job Application)
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
(c) Semua permohonan bagi Jawatan 8 hingga Jawatan 11 hendaklah disertakan dengan:-
(i) Salinan Sijil, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kelahiran yang telah disahkan.
(ii) Permohon daripada Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama.
(iii) Borang pemohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia
260 Jalan Ampang
50450 KUALA LUMPUR
(u.p.: Ketua Unit Pengurusan Sumber Manusia)
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=880)
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2010
iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Recent Comments