iklan jawatan kosong : LEMBAGA AIR KUCHING / pelbagai jawatan

Kerajaan Negeri Sarawak Comments Off

jawatan kosong

iklan jawatan kosong : LEMBAGA AIR KUCHING / pelbagai jawatan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di LEMBAGA AIR KUCHING
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – Kontrak

SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik
pada peringkat tersebut; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan

(iv) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
dan

(b) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

2. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (gred F41)
- KONTRAK

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T3); atau
iv) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T6); atau
v) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T9);
dan(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PEMBANTU PENGUATKUASA (gred N22)
- KONTRAK

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

LANTIKAN TERUS:

(a)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; ATAU

(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Pegawai Waran II dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut:-

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki;
(iii)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa
menarik nafas 84 sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

dan

(c) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

Syarat Dan Cara Memohon Jawatan

Semua permohonan boleh dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my.

Laman web lain yang boleh dilayari ialah:-

a) http://www.psc.sarawak.gov.my
b) http://www.sarawak.gov.my
c) http://www.emoss.com.my

Tarikh Tutup : 29-12-2009

iklan jawatan kosong : LEMBAGA AIR KUCHING

iklan jawatan kosong : LEMBAGA AIR KUCHING /PEKERJA AWAM

Kerajaan Negeri Sarawak Comments Off

iklan jawatan kosong : LEMBAGA AIR KUCHING

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di LEMBAGA AIR KUCHING
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PEKERJA AWAM  (GRED R1)
# KONTRAK – Kekosongan (7)
# Tetap – Kekosongan (2)

Jadual Gaji

P1T1 RM647.51 – P1T14RM1178.43
P2T1 RM689.98 – P2T14RM1242.09
P3T1 RM734.08 – P3T14RM1307.38

SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

A. LANTIKAN TERUS

(a)(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan

(a)(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh
skim perkhidmatan ini
dan

(b) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
baik.

Syarat Dan Cara Memohon Jawatan

Semua permohonan boleh dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my.

Laman web lain yang boleh dilayari ialah:-

a) http://www.psc.sarawak.gov.my
b) http://www.sarawak.gov.my
c) http://www.emoss.com.my

Tarikh Tutup : 29-12-2009

iklan jawatan kosong : LEMBAGA AIR KUCHING

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in