
iklan jawatan kosong malaysia : MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR(MAIS)- Pembantu Syariah
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS). Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1.Pembantu Syariah Gred LS17
2. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Perundangan Dan Kehakiman
3. JADUAL GAJI
P1T1
RM 823.40
-
P1T24
RM 2,154.37
4. SYARAT-SYARAT JAWATAN
( Perempuan )- 1 kekosongan
Penempatan : Bahagian Undang-undang MAIS
Kelayakan:
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus subjek Bahasa Arab ( Komunikasi atau Tinggi ) dan kepujian dalam subjek Al-Quran dan Sunnah atau Syariah Islamiah; dan
ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Keutamaan:
i)Calon yang mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan komputer.
Spesifikasi Tugas:
i)Menguruskan fail dan bil-bil guaman daripada firma guaman yang dilantik oleh MAIS.
ii)Merekodkan, menaip surat dan laporan yang diberikan oleh Pen.Peg.Syariah.
iii)Membantu menyediakan dokumen berkaitan dengan kes di Mahkamah Syariah.
TARAF JAWATAN : KONTRAK
6. CARA MEMOHON:
6.1 Permohonan hendaklah menggunakan Borang BR.MAIS BPM (SM-P) /16/2006 yang boleh didapati di laman web, www.mais.gov.my. 6.2 Penggunaan satu (1) borang permohonan hanya untuk satu (1) jawatan sahaja. 6.3 Setiap borang permohonan jawatan kosong mestilah bersertakan sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut : a. Kad Pengenalan dan Surat Beranak; b. Diploma / Ijazah; c. Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/Sijil daripada LAN atau JPA; d. Surat Berhenti Sekolah; e. Sijil SPM; f. Sijil PMR; g. Gambar ukuran passport; h. Surat Akuan / pengesahan mastautin pemohon/ibu/bapa bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Selangor ; dan i. Sijil-sijil yang berkaitan. Surat Pengesahan mastautin boleh juga didapati di laman web MAIS www.mais.gov.my.
Pengesahan salinan sijil hanya boleh dibuat oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir Masjid. Pengesahan sijil melalui tandatangan ‘bagi pihak’ akan ditolak.
6.4 Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
6.5 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon disebelah atas kiri sampul surat.
6.6 Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :
a. Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;
b. Salinan sijil-sijil yang tidak disahkan oleh pegawai yang ditetapkan;
c. Pengisian borang tidak lengkap; d. Tidak ditandatangani oleh pemohon;
dan
e. Tidak menggunakan Borang BR.MAIS BPM (SM-P) /16/2006
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut :
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR Tingkat 9 Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 03-55143400 sambungan 3746
Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Januari 2010
iklan jawatan kosong malaysia : MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR(MAIS)- Pembantu Syariah
