iklan jawatan kosong kerajaan : Pejabat Tanah dan Daerah Kluang

Kerajaan Johor Comments Off

jawatan kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Pejabat Tanah dan Daerah Kluang. Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Johor

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PEKERJA AWAM (GRED N1)

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara MALAYSIA;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
( Gaji permulaan ialah pada Gred R1:P1T3)

TARAF JAWATAN: Tetap

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pekerja Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS:
1. Menjalankan tugas mengikut arahan Penolong Pegawai Tanah.
2. Membantu kerja-kerja menyusun dan mengemas fail-fail / Buku PTD / Lot / Buku Pelan Akui.
3. Menjilid Pelan-pelan Akui.
4. Membuat pancang dan piket ukur.
5. Menjaga dan membersihkan peralatan ukur.
6. Membersihkan ruang pejabat .
7. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

TARIKH TUTUP: 7 MEI 2010

Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan dalam borang PTDK. 1/2010 yang boleh didapati di Pejabat Tanah Kluang, Jalan Pejabat Kerajaan 1, 86000 Kluang, Johor.

Semua permohonan yang lengkap diisikan dan catatkan nama jawatan yang hendak dipohon di sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dihantar kepada :

PENTADBIR TANAH DAERAH KLUANG,
PEJABAT TANAH KLUANG,
JALAN PEJABAT KERAJAAN 1,
86000 KLUANG.

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1219)

iklan jawatan kosong kerajaan : Pejabat Tanah dan Daerah Kluang

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

Kerajaan Pulau Pinang Comments Off

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. ARKITEK – GRED J48

SYARAT LANTIKAN:
- Arkitek Grd J44 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek J48 tetap yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan: dan
(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai kelayakan di 1.1 mereka boleh memohon dan akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan Arkitek Gred J48 bertaraf kontrak dengan kelayakan berikut :-
(a) telah berkhidmat sebagai Arkitek Gred J44 selama 5 tahun; atau
(b) telah berkhidmat sebagai Arkitek Gred J41 selama 8 tahun; atau
(c) berpengalaman dalam bidang berkaitan selama 10 tahun dan berdaftar dengan Badan Profesional Arkitek

CARA MEMOHON:

- Permohonan boleh dilakukan melalui dua pilihan:
(a) Permohonan boleh dibuat secara ‘online’ melalui web MPSP iaitu di http://www.mpsp.gov.my atau
- Menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di Kaunter Berpusat, Tingkat Bawah, Bangunan Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam dengan harga RM2.00 sekeping. Juga boleh memohon borang melalui pos dengan mnghantar sampul surat bersetem 50 sen yang bersaiz 36sm X 23sm beralamat sendiri dan wang pos sebanyak RM2.00 di atas nama Setiausaha Perbandaran.
- Pemohon digalakkan memohon melalui ‘online’ kecuali bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam Jabatan/Agensi Kerajaan.
- Hanya permohonan yang menggunakan borang yang perlu disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan. Permohonan secara ‘online’ tidak perlu kerana dokumen tersebut hanya kan diminta apabila calon yang berjaya dipanggil temuduga.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 10sm ke alamat di bawah:

SETIAUSAHA PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
JALAN PERDA UTAMA, BANDAR PERDA
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG.

- Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat kelayakan akan ditolak

Tarikh Tutup Permohonan : 9 April 2010

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

iklan jawatan kosong kerajaan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak

Kerajaan Perak Comments Off

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak,  Keutamaan diberikan kepada Rakyat Perak. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1.PEMBANTU TADBIR (P/O) (Gred N17)
Jumlah keKosong : 30

Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer dan/atau mengambil trengkas).

2.PEMBANTU TADBIR (KEW) (Gred W17)
Jumlah keKosong : 30

Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2 RM871.80); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5 RM1021.53); atau
(iv) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpanan Kira-Kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9 RM1221.17); dan
(v) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3.PEMBANTU VETERINAR (Gred G17)
Jumlah keKosong : 18

Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T1 RM824.91)
(b) Sijil Veterinar daripada Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8 RM1174.28)
(c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Gred S17)
Jumlah keKosong : 6

Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; dan
(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5.PELUKIS PELAN (Gred J17)
Jumlah keKosong : 8

Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6.PEMBANTU TADBIR (PENYELENGGARA STOR) (Gred N17)
Jumlah keKosong : 2

Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(i) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), kepujian satu matapelajaran lain dan lulus matematik; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia (Teknik/Vokasional) dengan kepujian dalam
Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), kepujian satu matapelajaran
lain dan lulus matematik; dan
(iii) Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai Sijil Komputer

7.PEKERJA AWAM (Gred R1)
Kosong : 77

Syarat Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(b) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1: P1T3 RM729.19); dan
(c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
dengan baik.

TARAF KERAKYATAN:
Warganegara Malaysia

HAD UMUR :
-Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
-Pegawai sedang berkhidmat yang layak dipertimbangkan untuk KENAIKAN
PANGKAT SECARA LANTIKAN hendaklah telah DISAHKAN DALAM JAWATAN dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
-Bekas Anggota Tentera yang tidak menerima pencen dan telah menamatkan
perkhidmatannya dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.

TARAF JAWATAN
Tetap.

PANDUAN DAN SYARAT MEMOHON:-
Permohonan Secara Online
Pemohon-pemohon adalah digalakan membuat permohonan secara online dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan.( http://www.spa.perak.gov.my ) atau di laman web SPA Online.
( http://www.spaperak.gov.my ) Atau Pemohon-pemohon boleh menggunakan Borang SPA.PK.1(Pin.1/2004) yang boleh didapati di tempat-tempat berikut :-

(a) MENCETAK DARIPADA LAMAN WEB ( http://www.perak.gov.my ) atau
( http://www.spa.perak.gov.my )

(b) Di Pejabat:-
SURUHANJAYAPERKHIDMATAN AWAM,
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PARAS 1,
KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN,
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB,
30000 IPOH

(c) CARA POS IAITU DENGAN MENULIS SURAT SERTA MENYERTAKAN SAMPUL
SURAT BERUKURAN 32 CM X 22 CM BERALAMAT SENDIRI SERTA BERSETEM 50
SEN KEPADA SETIAUSAHA SURUHANJAYA, PERKHIDMATAN AWAM NEGERI
PERAK YANG BERALAMAT DI PARAS 1,KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN,
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB,30000 IPOH.

Borang-borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap.

Pemohon-pemohon yang layak di bawah Kenaikan Pangkat Secara
lantikan (KPSL) atau pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah
mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing
mengikut PU(A)(17).Pengesahan Ketua Jabatan hendaklah dibawa semasa
temuduga.

ALAMAT PERMOHONAN:-
Secara “Online” atau Pemohon yang menggunakan borang permohonan SPA.PK1(Pin.1/2004) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Negeri Perak Darul Ridzuan,
Paras 1,Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Penglima Bukit Gantang Wahab,
30000 IPOH.

Tarikh tutup permohonan ialah pada atau sebelum 9 April 2010.

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1125)

iklan jawatan kosong kerajaan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Setiu (MDS)

kerajaan Terengganu Comments Off

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Setiu (MDS), Keutamaan adalah untuk rakyat negeri Terengganu. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29

Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Inspektor Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6) ;dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON :
(i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDS. TR. 1 dengan harga RM 2.00 yang boleh didapati di Bahagian Kewangan, Majlis Daerah Setiu.
(ii) Permohonan hendaklah dihantar kepada;

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SETIU,
WISMA MDS,
22100 PERMAISURI,
SETIU, TERENGGANU.

(sila tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kanan dan tarikh tutup permohonan di sebelah kiri sampul surat)

(iii) Tarikh Tutup Permohonan: 07 April 2010 (Tarikh Iklan 24 Mac 2010)
(iv) Sertakan Salinan:
a) Gambar warna berukuran ‘pasport’ (letakkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b) Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang disahkan; dan
c) Salinan sijil-sijil yang berkaitan

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1118)

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Setiu (MDS)

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Kerajaan Selangor Comments Off

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),  Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PENGAWAI PERANCANGAN BANDAR – GRED J41

SYARAT LANTIKAN:
- Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41:P1T5); dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (tetap) adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; dan
ii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

2. PENGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41

SYARAT LANTIKAN:
- ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T3); atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T6) dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (tetap) adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; atau
ii)lulus peperiksaan khas;dan
iii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27

SYARAT LANTIKAN:
- STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T1); atau
- Diloma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5); atau
- Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6)dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N26
(Jawatan Kenaikan Pangkat)

SYARAT LANTIKAN:
Syarat Kenaikan Pangkat
- Pembantu Tadbir (Penkeranian/Operasi) Gred N22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Penkeranian/Operasi) Gred N26 yang kosong apabila telah:-
i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
ii)melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
iii)diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

5. PEMBANTU TADBIR (PENKERANIAN/OPERASI) – GRED N17

SYARAT LANTIKAN:
- warganegara Malaysia
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang berkebolehan/mahir mengendalikan komputer)

6. JURUTEKNIK (SENIBINA/ELEKTRIKAL) – GRED J17

SYARAT LANTIKAN:
- Sijil dalam bidang Senibina/Elektrikal/Awam daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan:
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

7. PEMBANTU KESIHATAN AWAM – GRED U17

SYARAT LANTIKAN:
- PMR/SRP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; atau
ii)lulus peperiksaan khas;dan
iii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang (MBSA 1) yang boleh dibeli di Kaunter Bayaran Tingkat G dengan harga RM3.00 tunai/naskah. Permohonan hendakalah dihantar kepada:-

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
TIngkat 1, Wisma MBSA
Peti Surat 7200
40706 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tarikh Tutup Permohonan : 5 April 2010

PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iii) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
iv) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
v) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1112)

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in