iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ Jobs malaysia/ cari pekerjaan/ malaysia jobs : Majlis Amanah Rakyat (MARA)

MARA Comments Off

jawatan kosong

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ Jobs malaysia/ cari pekerjaan/ malaysia jobs : Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

UNTUK LIHAT SYARAT LANTIKAN

UNTUK MEMOHON SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan: 7 Oktober 2011

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=2615)

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ Jobs malaysia/ cari pekerjaan/ malaysia jobs : Majlis Amanah Rakyat (MARA)

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan: Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Education / Training, MARA Comments Off

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA). Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

SYARAT LANTIKAN
Calon- calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Kelayakan
i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
( Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4 RM 1967.20)
d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
e. Calon-calon yang tidak memiliki Ijazah Pendidikan atau Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. Calon-calon yang berjaya akan dilantik secara perkhidmatan Sementara/ Kontrak atas lantikan Gred DC41.

Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05

Gaji Permulaan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian – Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
Ijazah Sarjana Muda Am – Gred DC41: P1T3 RM 1720.90

f. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan jawatan atau subjek yang dipohon.

TARAF JAWATAN: Tetap / Sementara / Kontrak

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai seorang guru yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar serta mendidik, menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik.

BIDANG /SUBJEK :
- Bahasa Melayu
- Ekonomi
- Bahasa Inggeris
- Money & Banking
- Bimbingan & Kaunseling
- Undang – undang
- Biologi
- Pengurusan & Perniagaan
- Fizik
- Pemasaran
- Kimia
- Mandarin
- Matematik
- Keusahawanan @ Enterpreneurship
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Logistik
- Pendidikan Islam & Tahfiz
- Kemahiran Hidup
- Perakaunan
- Geografi
- Sains Komputer
- Media
- Sejarah/Sivik

CARA MEMOHON:
i. Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my.

<KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN SECARA ONLINE>

ii. Tarikh permohonan dibuka dari 19 Ogos 2010 hingga 19 September 2010.
iii. Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman web MARA.
iv. Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing- masing dan pastikan salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Prestasi Tahunan terkini di bawa bersama – sama semasa temuduga.
v. Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang di meteri oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dibawa semasa temuduga.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

UMUR :
i. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18
tahun pada tarikh iklan di tutup.
ii. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

UJIAN KHAS:
i. Hanya calon–calon yang disenarai pendek sahaja dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Keguruan MARA (UKKM) yang akan diadakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) seluruh MARA, sila tandakan tempat mengambil ujian yang menjadi pilihan tuan/puan di ruangan yang disediakan di dalam borang permohonan online.
ii. Pemohon hendaklah menyemak laman web MARA untuk mengetahui keputusan menduduki ujian kecenderungan keguruan MARA bermula tarikh 11 Oktober 2010.

CARA PELAKSANAAN:
i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut kelayakan yang sesuai dengan bidang pengajaran / subjek
ii. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan di mana –mana Institusi Pendidikan MARA (Maktab Rendah Sains MARA, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran MARA dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA)
iii. Pemohon –pemohon yang melepasi Ujian Kecenderungan Keguruan dan berkelayakan sahaja akan dihubungi untuk sesi penilaian amali pengajaran (micro teaching) dan sesi temuduga.
iv. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan di keluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
v. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temuduga nanti.

PERTANYAAN:
Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai permohonan jawatan ini, boleh menghubungi terus melalui Unit Pengambilan & Penempatan Bahagian Sumber Manusia di talian 03-26915111 samb: 3692, 3693, 1838 dan 1836

Tarikh Tutup Permohonan: 19 September 2010

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1596)

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : Majlis Amanah Rakyat (MARA)

iklan jawatan kosong kerajaan : Kolej Poly-Tech MARA

MARA Comments Off

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) akan melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan kampus cawangan terbaharu di semporna, Sabah, Seiring dengan perkembangan ini, perbagai peluang kerjaya menanti anda di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Kolej Poly-Tech MARA

1. PENSYARAH (Pelbagai)
2. EKSEKUTIF (Pelbagai)
3. AKAUNTAN
4. JURUTEKNIK KOMPUTER
5. JURUTEKNIK (Bangunan & Elektrik)
6. KERANI AKAUN
7. KERANI/PEMBANTU PERPUSTAKAAN
8. PELAYAN PERPUSTAKAAN
9. PENYELIA ASRAMA
10.PEMANDU

KELAYAKAN:

1. PENSYARAH (Pelbagai)
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian/Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya;
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Bagi jawatan Pensyarah Perakaunan, calon-calon yang mempunyai ACCA dan CIMA akan diberi keutamaan.

2. EKSEKUTIF (Pelbagai)
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. AKAUNTAN
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan kepujian yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Ahli penuh Badan-Badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf.
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf serta ahli penuh Badan-Badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf.
- Ahli Penuh Institusi Perakaunan Malaysia.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. JURUTEKNIK KOMPUTER
- Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional dalam bidang elektrik/elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (komputer) yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik/institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

5. JURUTEKNIK (Bangunan & Elektrik)
- Sijil dalam bidang kejuruteraan Awam atau Elektrik (Sijil Pendawaian Elektrik Fasa III) yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik/institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

6. KERANI AKAUN
- Calon-calon yang mempunyai sijil-sijil dalam bidang Perakaunan/Pengurusan Perniagaan/Penyimpan Kira-Kira yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Matematik pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

7. KERANI/PEMBANTU PERPUSTAKAAN
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

8. PELAYAN PERPUSTAKAAN
- Tamat darjah enam sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman.

9. PENYELIA ASRAMA
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam penyeliaan asrama.
- Bekas-bekas tentera atau polis digalakkan memohon.

10.PEMANDU
- Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan
- Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (Kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.

CARA MEMOHON:
Calon-calon yang mempunyai kelayakan seperti di atas dan berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan surat permohonan dengan melampirkan salinan dokumen yang disahkan benar seperti berikut:

1. Keterangan Peribadi (resume)
2. salinan sijil-sijil akademik
3. Salinan kad pengenalan
4. Salinan sijil kelahiran

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Kolej Poly-Tech MARA
Jalan 6/91 Taman Shamelin Perkasa, Cheras
P.O. Box 6015 Pudu 55700 Kuala Lumpur
(u.p: bahagian pengurusan sumber manusia)

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Mei 2010

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1246)

iklan jawatan kosong kerajaan : Kolej Poly-Tech MARA

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in