iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : MAJLIS DAERAH JEMPOL (MDJ)

kerajaan Negeri Sembilan Comments Off

jawatan kosong

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : MAJLIS DAERAH JEMPOL (MDJ)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di MAJLIS DAERAH JEMPOL (MDJ). Keutamaan akan diberikan kepada anak jati daerah Johol. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Jurutera  Gred J41  (lelaki sahaja)
KUMPULAN PERKHIDMATAN – Sokongan

JADUAL GAJI:
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P1T2 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P1T3 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79

JUMLAH KEKOSONGAN & TARAF JAWATAN : 1 ( Tetap )

Jadual gaji di atas tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Bantuan
Sara Hidup dan elaun-elaun lain.

1 JURUTERA GRED J41 – 1 (TETAP)

Syarat Lantikan

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

dan
d)     lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

2) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera bidang kejuruteraan adalah
layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara
lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:-

a) (i)     mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera

Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; dan

b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penetapan Gaji Permulaan

3) Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred J41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan

Tempoh Percubaan

4) Jurutera Gred J41 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah
dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Latihan

5) Jurutera boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang
berkenaan.

Kursus Induksi/Peperiksaan
6)Jurutera Gred J41 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi
yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan

7)Jurutera Gred J41 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

a) memenuhi tempoh percubaan;

b) hadir dengan jayanya kursus induksi yang ditetapkan; dan

c) diperakui oleh ketua perkhidmatan

Pergerakan Gaji Tahunan
8)Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan
berdasarkan prestasi perkhidmatan

Penilaian Tahap Kecekapan
9)     Jurutera hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan
untuk kenaikan pangkat.

CARA MEMOHON:

- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati dari Pejabat
Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter) ataupun mengirimkan satu sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm
beralamat sendiri, bersetem RM0.30 sen dan wang pos bernilai RM1.00. Pemohon juga boleh muat turun
borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol di alamat www.mdjl.gov.my dan sertakan wang
pos bernilai RM1.00 semasa permohonan dibuat.

- Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, Surat
Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, mana-mana
Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa
atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan

- Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak
Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan
Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

- Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah
lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TARIKH TUTUP PERMOHONAN – 30 Ogos 2010

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : MAJLIS DAERAH JEMPOL (MDJ)

iklan jawatan kosong kerajaan : SUK Negeri Sembilan

kerajaan Negeri Sembilan Comments Off

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di SUK Negeri Sembilan,  Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

MUAT TURUN IKLAN LENGKAP

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA1 Pin.7/91 yang boleh didapati di Pusat Sehenti, Tingkat G, Blok D, Wisma Negeri 70503 Seremban, Negeri Sembilan

Permohonan yang lengkap di isi hendaklah dialamatkan kepada

Y.B. Setiausaha Kerjaaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
70503 Seremban
(u.p : Bahagian Penggurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan: 26 Mac 2010

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1099)

iklan jawatan kosong kerajaan : SUK Negeri Sembilan

iklan jawatan kosong malaysia : Kerajaan Negeri Sembilan

kerajaan Negeri Sembilan Comments Off

iklan jawatan kosong malaysia : Kerajaan Negeri Sembilan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia. Keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus bagi memenuhi jawatan berikut:-

1. a) Jawatan : PENGHULU

b) Jabatan : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
c) Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
e) Jumlah Kekosongan: Empat Belas (14)
f) Taraf Jawatan : TETAP

2. Gred/Jadual Gaji : Gred NP27

P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26

Elaun :
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam – RM160.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan – RM180.00

3. Syarat Lantikan :

1) Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia;[LELAKI sahaja]
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman tidak
kurang daripada 10 tahun dalam bidang berkaitan, terlibat dalam
aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan
luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.

[Gaji permulaan ialah pada Gred NP27:P1T3]; atau
ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred NP27:P1T6]; atau
iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred NP27:P1T10]; atau
iv) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred NP27:P1T11].
[Calon dengan kelayakan STPM atau diploma disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam akvitivi kemasyarakatan dan
sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan]dan
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kumpulan Sokongan Gred 17 yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penghulu Gred NP27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas;
[Calon dengan kelayakan SPM disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun manakala calon dengan kelayakan STPM
atau diploma disyaratkan mempunyai pengalaman tidak
kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat
dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan
sosiobudaya tempatan] dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

5. Deskripsi Tugas :
Melaksanakan urusan-urusan yang berkaitan dengan pentadbiran tanah, pentadbiran agama Islam, keselamatan, pembangunan, kegiatan sosial dan kebajikan masyarakat di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.

6. Cara Memohon:-

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1
Pin.7/91 yang boleh didapati di Pusat Sehenti, Tingkat G, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban.

b) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan
Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui
Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perenggan 17, Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan
Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama
dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan salinan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

c) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan diakui sah oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) Kad
Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain dokumen yang berkaitan
beserta gambar terkini berukuran pasport. Bagi calon yang lahir di luar Negeri Sembilan hendaklah mengemukakan salinan Sijil Lahir Ibu/Bapa yang membuktikan kelahiran Negeri Sembilan.

d) Calon-calon yang pernah memohon jawatan di atas juga perlu
membuat permohonan semula.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan
selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

Y.B. Setiausaha Kerajaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
70503 SEREMBAN.
(u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

g)Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 JANUARI 2010.
Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=860)

iklan jawatan kosong malaysia : Kerajaan Negeri Sembilan

iklan jawatan kosong : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

kerajaan Negeri Sembilan Comments Off

iklan jawatan kosong : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Selangor dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1.PEMBANTU AKAUNTAN ( W17 )

Jabatan/Unit : PERBENDAHARAAN
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Jadual Gaji :
P1T1 RM821.89 – P1T24 RM2,152.86
P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2,274.01
P3T1 RM926.26 – P3T24 RM2,399.46
Kekosongan : 8

2.PEMBANTU TADBIR KEWANGAN ( W17 )

Jabatan/Unit : PERBENDAHARAAN
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Jadual Gaji :
P1T1 RM821.89 – P1T24 RM2,152.86
P2T1 RM873.32 – P2T24 RM2,274.01
P3T1 RM926.26 – P3T24 RM2,399.46
Kekosongan : 3

Iklan lengkap boleh dilihat menerusi link di bawah:
Iklan MPKJ

Borang boleh dilihat menerusi link di bawah:

http://www.mpkj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=1ead1e0b-ec72-42a6-a8ae-62836fa235c8&groupId=29250

Cara memohon:

(a) Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1,
Majlis Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga
RM 2.00 bagi setiap borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan
Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang berserta
sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 atau dimuat
turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

(b) Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan
Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah
disahkan dan gambar berukuran pasport. Nama jawatan yang dipohon
hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. BORANG
PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI
SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

(c) Alamat permohonan :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29HB DISEMBER 2009 ( SELASA )

iklan jawatan kosong : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan

kerajaan Negeri Sembilan Comments Off

iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Sembilan dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Pegawai Tadbir
Gred N41 (TETAP)

2.Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
Gred J29 (TETAP)

3.Penolong Pegawai Penilaian
Gred W27 (TETAP)

4.Penolong Pegawai Penguatkuasa
Gred N27 (TETAP)

5.Penolong Akauntan
Gred W27 (TETAP)

6.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Gred U29 (TETAP)

Iklan lengkap boleh dilihat menerusi link di bawah:
http://www.mdkp.gov.my/jawatankosong

Borang boleh dilihat menerusi link di bawah:
http://www.mdkp.gov.my/html/themes/nsm_mdkp/images/nsm_mdkp_images/Borang/jawksg.PDF

CARA MEMOHON

(1 )      Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati daripada Urus setia Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dibuka dengan bayaran tunai RM1.00 atau menyertakan sampul surat beralamat sendiri dengan setem yang mencukupi serta wang pos berjumlah RM1.00.

( 2)      Borang juga boleh didapati secara proses muat turun daripada lama web rasmi MDKP, http://www.mdkp.gov.my dengan menyertakan wang pos RM1.00 sekiranya permohonan dihantar melalui pos dan membayar secara tunai apabila borang diserah sendiri oleh pemohon.

( 3 )      Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama mengikut P.U.(A)176/2005.

( 4 )      Tarikh tutup iklan ialah pada : 30/12/2009

( 5 )     Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai kumpulan A (Pengurusan & Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, JP, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan yang setaraf beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in