
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Bandaraya Alor Setar. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Arkitek Landskap (Gred J41) – 1 kekosongan
2. Penolong Pegawai Senibina (Gred J29) – 2 kekosongan
3. Pembantu Kesihatan Awam (Gred U17) – 20 kekosongan
<UNTUK MELIHAT IKLAN PENUH & SYARAT LANTIKAN>
CARA-CARA MEMOHON
-Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar boleh dipohon daripada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar dengan dikenakan bayaran RM 6.00 dalam bentuk Wang Pos ( bayar kepada: Datuk Bandar, MBAS ) dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm x 11sm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri ATAU borang permohonan jawatan boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBAS, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar, Kedah.
-Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan dan Penyata Sulit Khas mengikut Perintah Am 21 Bab A bersekali dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahun terakhir.
-Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil kelayakan akademik dan sijil-sijil berkaitan yang diperakui sah sebagai salinan sebenar serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
-Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon di sudut sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada:
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN.
Tarikh Tutup Permohonan: 8hb November 2011
iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ Jobs malaysia/ cari pekerjaan/ malaysia jobs : Majlis Bandaraya Alor Setar
