
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti di bawah:
1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
(KONTRAK) – 1 kekosongan
KEUTAMAAN KEPADA CALON YANG BERKEMAHIRAN DALAM
(i) Pengurusan Perniagaan
(ii)Perundangan (Perjanjian Korporat, Harta Intelek)
(iii)Fasih Berbahasa Inggeris & Bahasa Melayu (Penulisan dan pertuturan)
(iv)Pemasaran
SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)terdiri daripada warganegara;
(ii)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(i)Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau
(iii)Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4);dan
(iv)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
(KONTRAK) – 1 kekosongan
KEUTAMAAN KEPADA CALON YANG BERKEMAHIRAN DALAM
(i)Pengurusan Perniagaan
(ii)Perundangan (Perjanjian Korporat, Harta Intelek)
(iii)Fasih Berbahasa Inggeris & Bahasa Melayu (Penulisan dan pertuturan)
(i)Pemasaran
SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i)terdiri daripada warganegara;
(ii)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(i)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii)Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27; P1T5) atau
(iii)Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6) dan
(e)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 seperti dilampiran. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan beserta salinan Ijazah, Sijil Pelajaran Malaysia, Kad Pengenalan dan lain-lain sijil yang telah disahkan.
<MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN>
CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Bahagian Sumber Manusia
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Kepong, 52109 Kuala Lumpur.
Tarikh tutup permohonan pada : 24 Mei 2010
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1275)
iklan jawatan kosong kerajaan : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

Recent Comments