Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

IKIM Add comments

jawatan kosong

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1.1     (a)      Jawatan    :    Fellow Kanan (Syariah)
(Nota: Jawatan ini setaraf DS54 di Universiti Awam)

(b)    Kumpulan     : Pengurusan dan Profesional

(c)    Taraf Jawatan     : Tetap

(d)    Tempoh Percubaan : 2 Tahun

1.2     Jadual Gaji (Skim Gaji 3)    : RM5,752.07 x RM250.47 – RM7,755.83

(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

(a) Elaun
(i) Keraian    : RM800.00
(ii) Perumahan : RM900.00
(iii) Bantuan Sara Hidup : RM300.00

1.3    Syarat Lantikan     :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a)     Warganegara Malaysia;

(b)     Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia di dalam bidang Syariah;

(c)     Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 8 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan Akademik di sektor awam atau swasta;

(d)     Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang-bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut penilaian IKIM;

(e)     Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik; pengalaman bekerja dan berkemahiran menggunakan komputer serta boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris; dan berkemahiran merujuk sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab.

1.4    Bidang Tugas     :
-Bertanggungjawab antaranya menjalankan projek penyelidikan dan menghasilkan penerbitan bermutu dalam bidang yang sesuai dengan matlamat dan peranan IKIM; menyelia dan menyelaras Sudut Hukum, slot radio dan tugasan-tugasan penyelidik di Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, IKIM.

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 30/09/2010 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in