Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA RAKYAT NEGERI JOHOR ATAU WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI JAWATAN DI PEJABAT UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT :-

1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
c. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Calon-calon yang berkelayakan berikut diberi keutamaan :
a. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi atau statistik;
b. Mempunyai pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan;
c. Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.

2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q27

Syarat Lantikan :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
c. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matemetik atau Ilmu Sains ; atau
ii. Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. DAN
d. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Calon-calon yang berkelayakan berikut diberi keutamaan :
a. Diploma dalam bidang Pembangunan Wilayah, Penilaian Pembangunan Hartanah, Perancangan Bandar dan Desa, Analisa Ekonomi atau Sumber Alam;
b. Mempunyai pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan;
c. Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.

3. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S27

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
c. (i) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 :P 1T5)
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau
(iii) Diploma Pembangunan Manusia yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Universiti Putra Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S27 :P 1T6)DAN
d. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Calon-calon yang berkelayakan berikut diberi keutamaan :
a. Diploma dalam bidang Pembangunan Manusia;
b. Mempunyai pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan;
c. Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.

CARA MEMOHON :
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor yang boleh didapati dari pentadbiran yang beralamat seperti di bawah atau dimuat turun dari Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor iaitu www.johordt.gov.my/upen :

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa mengembalikan borang-borang permohonan.

ALAMAT PERMOHONAN:
PENGARAH,
UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR,
ARAS 3, KOMPLEKS MENTERI BESAR,
79503 KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA, JOHOR.

Tarikh Tutup Permohonan: 14 Jun 2010

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1333)

iklan jawatan kosong kerajaan : Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor

Related posts:

  1. iklan jawatan kosong kerajaan : Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPEN)
  2. iklan jawatan kosong : Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor
  3. iklan jawatan kosong kerajaan : Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
  4. Iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)


Author:
admin
Time:
Monday, June 7th, 2010 at 3:35 pm
Category:
Kerajaan Johor
Comments:
You can leave a response, or trackback from your own site.
RSS:
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
Navigation:

Comments are closed.


Users Online