Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS DAERAH MERSING (MDM)

Kerajaan Johor Add comments

jawatan kosong

iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS DAERAH MERSING (MDM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di MAJLIS DAERAH MERSING (MDM).  Keutamaan akan diberikan kepada anak jati negeri Johor. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

(a)    Jawatan             :    Penolong Jurutera
(b)    Kuasa Tempatan           :    Majlis Daerah Mersing
(c)    Kumpulan Perkhidmatan    :    Sokongan
(d)    Klasifikasi              :    Perkhidmatan Kejuruteraan
(e)    Taraf Jawatan            :    TETAP
(e)    Gred                     :    Gred J29

Jadual Gaji Matriks      :    P1T1    RM1549.40   -   P1T21   RM3046.80
P2T1    RM1620.49   -   P2T21   RM3241.91
P3T1    RM1694.60   -   P3T21   RM3430.90

1.    Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a)    warganegara Malaysia;
(b)    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)    (i)diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian                   tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2); dan
(ii)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran                    Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2.    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik bidang kejuruteraan dan Pemeriksa Kereta Motor adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(a)    (i)  mempunyai kelayakan di perengan 3 (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b)    berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

3.    Penaklukan Dibawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Jurutera Gred J29 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

4.    Cara memohon :

Semua permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil.21.

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Mersing yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cmx23cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM0.50 melalui kiriman wang/wang pos atau mengambilnya sendiri di Pejabat Majlis Daerah Mersing pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 untuk satu borang permohonan.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, dokumen-dokumen sokongan serta diakui sah dan sekeping gambar warna berukuran pasport ( tidak dikembalikan ) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
NO.243, JALAN IBRAHIM
86800 MERSING, JOHOR

pada atau sebelum 18 JUN 2010

Untuk memuat turun iklan lengkap dan borang permohonan anda bolehlah terus ke
halaman MAJLIS DAERAH MERSING di http://www.mdmersing.gov.my/web/guest/management/job_vacancies

iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS DAERAH MERSING (MDM)

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in