Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)

kerajaan kedah Add comments

jawatan kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 – 3 KEKOSONGAN
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 – 1 KEKOSONGAN
3. PEMBANTU AKAUNTAN W17 – 1 KEKOSONGAN

SYARAT KELAYAKAN:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 – 3 KEKOSONGAN

KEKOSONGAN DI – MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (LELAKI SAHAJA)

Kelayakan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
(e) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 – 1 KEKOSONGAN

KEKOSONGAN DI – PUSAT BIMBINGAN ISLAM SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH SUNGAI PETANI (PUSBA)

Kelayakan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
(e) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. PEMBANTU AKAUNTAN W17 – 1 KEKOSONGAN

KEKOSONGAN DI – PUSAT BIMBINGAN ISLAM SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH SUNGAI PETANI (PUSBA)

Kelayakan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam matapelajaran Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ; atau
ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

CARA MEMOHON:
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang MAIK/KP Pind.2001 yang berharga RM2.00 dan boleh diperolehi di:

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA,
05000 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN

- Kakitangan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” 21.
- Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Agama Islam Negeri Kedah TIDAK LEWAT daripada 31 Mei 2010 dan dialamatkan seperti berikut:-

YANG DI PERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA,
05000 ALOR STAR,
KEDAH DARUL AMAN.
( u.p. Bahagian Khidmat Pengurusan )

NOTA:
i. Salinan sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan dan disertakan bersama borang permohonan.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan mereka yang berjaya sahaja yang akan dihubungi.
iii. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
iv. Segala perbelanjaan atas segala urusan permohonan jawatan ini adalah menjadi tanggungan pemohon sendiri.
v. Sila nyatakan jawatan yang dipohon dibahagian atas kiri sampul.
vi. Salinan sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan hendaklah disertakan bersama borang permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1300)

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in