
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Grik (MDG). Jawatan yang ditawarkan adalah seperti dibawah:
1.Penolong Pegawai Penilaian Gred W27
Bilangan Kekosongan : 1
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Nama Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Gred dan Jadual Gaji :
P1T1 RM 1,209.09 – P1T26 RM 3,031.64
P2T1 RM 1,278.67 – P2T26 RM 3,217.79
P3T1 RM 1,351.27 – P3T26 RM 3,409.80
2. KELAYAKAN AKADEMIK DAN KELAYAKAN LAIN :
(a) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27
1T6);dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
2.2 : (a) Pembantu Penilaian Gred W17 adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 yang kosong apabila telah :-
i) disahkan dalam perkhidmatan;
ii) mempunyai kelayakan di perenggan 2.1 (a) di atas atau lulus Peperiksaan Khas;dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
3. CARA MEMOHON :
(a) Permohonan hendaklah melalui borang yang boleh didapati dari laman web www.gerik.gov.my dan sertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
<MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN>
i) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport ;
ii) Salinan Kad pengenalan ;
iii) Salinan Sijil Diploma;
iv) Salinan Sijil SPM;
v) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
vi) Salinan Surat Perakuan (Testimonial);
vii) Salinan Sijil –sijil akademik/persekolahan;
viii) Lain-lain sijil yang berkaitan;
(b) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut PPPA Bab A dengan menyertakan Salinan Penyata Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Pretasi Tahunan.
Alamatkan permohonan ke :-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH GERIK,
JALAN HAJI MEOR YAHAYA,
33300 GERIK,PERAK.
4. Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 31 MEI 2010.
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1272)
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Grik (MDG)

Recent Comments