Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

UTM Add comments

jawatan kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
2. JURURAWAT GRED U29
3. JURUTEKNIK (LANDSKAP) GRED J17
4. JURUTEKNIK (ELEKTRIK) GRED J17
5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17
6. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
7. TUKANG K3 (PAIP) GRED R9

SYARAT KELAYAKAN:

1. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang berkaitan dari UiTM dan Politeknik (Diploma in Food Technology, Food Service Management, Culinary Arts, Hotel and Catering Management, Institutional and Catering Management) dan lain-lain diploma yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5);dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. JURURAWAT GRED U29
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6);dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. JURUTEKNIK (LANDSKAP) GRED J17
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Sijil Institut Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji prmulaan ialah pada Gred J17 : PIT8)
(ii) Sijil Senibina, Sijil Perancang Bandar dan Sijil Kejuruteraan Awam (Senibina) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9), dan;
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
*Keutamaan adalah sijil dalam bidang landskap

4. JURUTEKNIK (ELEKTRIK) GRED J17
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9) :dan;
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
* Keutamaan adalah sijil dalam bidang Elektrik

5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan; dan;
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
- Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketatapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
(e) Calon yang memiliki kelayakan di peranggan 1 (c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

7. TUKANG K3 (PAIP) GRED R9
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Tamat Tingkat lll Sekolah Menengah Rendah bantuan penuh kerajaan; dan;
(ii)Pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
(d) (i) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R9: P1T2);dan;
(e) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

UMUR (PADA TARIKH TUTUP)
(a) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan warganegara Malaysia.
(b) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh tutup.

CARA MEMOHON :-

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan UTM dengan mengambilnya sendiri di Pejabat Pendaftar (Pengurusan Modal Insan), Universiti Teknologi Malaysia, International Campus Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web rasmi UTM iaitu www.utm.my atau

<MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN>

(b) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini, Penyata Perkhidmatan dan Penyata Cuti yang kemaskini. Bagi pemohon dalam perkhidmatan yang masih ada ikatan kontrak hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan ikatan kontrak sebelum mengemukakan permohonan.

(c) Salinan Sijil-Sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan semasa memohon.

(d) Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan hendaklah sampai kepada:

PENDAFTAR
PEJABAT PENDAFTAR (PENGURUSAN MODAL INSAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
INTERNATIONAL CAMPUS
54100 JALAN SEMARAK
KUALA LUMPUR

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mei 2010

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1251)

iklan jawatan kosong kerajaan : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in