Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : Kolej Poly-Tech MARA

MARA Add comments

jawatan kosong

Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) akan melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan kampus cawangan terbaharu di semporna, Sabah, Seiring dengan perkembangan ini, perbagai peluang kerjaya menanti anda di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Kolej Poly-Tech MARA

1. PENSYARAH (Pelbagai)
2. EKSEKUTIF (Pelbagai)
3. AKAUNTAN
4. JURUTEKNIK KOMPUTER
5. JURUTEKNIK (Bangunan & Elektrik)
6. KERANI AKAUN
7. KERANI/PEMBANTU PERPUSTAKAAN
8. PELAYAN PERPUSTAKAAN
9. PENYELIA ASRAMA
10.PEMANDU

KELAYAKAN:

1. PENSYARAH (Pelbagai)
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian/Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya;
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Bagi jawatan Pensyarah Perakaunan, calon-calon yang mempunyai ACCA dan CIMA akan diberi keutamaan.

2. EKSEKUTIF (Pelbagai)
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. AKAUNTAN
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan kepujian yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Ahli penuh Badan-Badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf.
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf serta ahli penuh Badan-Badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf.
- Ahli Penuh Institusi Perakaunan Malaysia.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. JURUTEKNIK KOMPUTER
- Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional dalam bidang elektrik/elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (komputer) yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik/institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

5. JURUTEKNIK (Bangunan & Elektrik)
- Sijil dalam bidang kejuruteraan Awam atau Elektrik (Sijil Pendawaian Elektrik Fasa III) yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik/institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

6. KERANI AKAUN
- Calon-calon yang mempunyai sijil-sijil dalam bidang Perakaunan/Pengurusan Perniagaan/Penyimpan Kira-Kira yang diiktiraf daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Matematik pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

7. KERANI/PEMBANTU PERPUSTAKAAN
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

8. PELAYAN PERPUSTAKAAN
- Tamat darjah enam sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman.

9. PENYELIA ASRAMA
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam penyeliaan asrama.
- Bekas-bekas tentera atau polis digalakkan memohon.

10.PEMANDU
- Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan
- Memiliki lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (Kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik.

CARA MEMOHON:
Calon-calon yang mempunyai kelayakan seperti di atas dan berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan surat permohonan dengan melampirkan salinan dokumen yang disahkan benar seperti berikut:

1. Keterangan Peribadi (resume)
2. salinan sijil-sijil akademik
3. Salinan kad pengenalan
4. Salinan sijil kelahiran

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Kolej Poly-Tech MARA
Jalan 6/91 Taman Shamelin Perkasa, Cheras
P.O. Box 6015 Pudu 55700 Kuala Lumpur
(u.p: bahagian pengurusan sumber manusia)

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Mei 2010

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1246)

iklan jawatan kosong kerajaan : Kolej Poly-Tech MARA

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in