Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPS)

Kerajaan Selangor Add comments

jawatan kosong

iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPS)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPS)

1. JURUTEKNIK ( LANDSKAP ) – GRED J17

Taraf Jawatan : TETAP
Kekosongan : 2

Jadual Gaji Gred J17 : P1T1 RM 843.06 – P1T26 RM 2,325.37
P2T1 RM 896.00 – P2T26 RM 2,452.46
P3T1 RM 950.45 – P3T26 RM 2,583.95

Elaun : Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 180.00
Bantuan Sara Hidup RM 300.00

Syarat Lantikan
: 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:-
(a)Dan(b)
(i) Sijil Institut Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T8)
(ii) Sijil dalam bidang senibina, perancang bandar dan wilayah atau kejuruteraan awam (seni binayang
diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9)
Lulus Bahasa Melaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

ii . Perhatian Kepada Pemohon:
a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang SPA 6 yang boleh
didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau
menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web
Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my.

b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan sah kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan
akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang diakui sah berserta dengan
sekeping gambar berukuran passport.

c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah
Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang
berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan
mereka tidak berjaya.

f) Alamat permohonan:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup: 10 MEI 2010

iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPS)

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in