Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : Jabatan Zakat Negeri Kedah

kerajaan kedah Add comments

jawatan kosong

iklan jawatan kosong kerajaan : Jabatan Zakat Negeri Kedah

Permohonan adalah dipelawa daripada anak jati Kedah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Jabatan Zakat Negeri Kedah

1. Juruaudit Dalam Gred W41

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ahli Penuh Badan – badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
(iii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(b) Lulus bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.dan
(c) Pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN: Tidak kurang 20 tahun

STATUS JAWATAN: Kontrak

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijilsijil berkaitan (disahkan salinan sebenar) serta sekeping gambar berukuran passport kepada:

Dato’ Setiausaha
Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman
Aras 5, Menara Zakat
Jalan Telok Wanjah
05200, Alor Setar
Kedah
UP: Bahagian Sumber Manusia

Tel : 04-733 1740 | info@zakatkedah.com

Sila tulis nama Jawatan di sebelah atas kiri sampul surat dan calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

PENTING:
1. Maklumat permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
2. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan
3. Pemohon dikehendaki menyertakan nombor telefon supaya mudah untuk dihubungi.
4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 27 Mei 2010

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1235)

iklan jawatan kosong kerajaan :  Jabatan Zakat Negeri Kedah

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in