
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Sirim Berhad
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. JURUAUDIT – 2 Kekosongan
2. JURUAUDIT KANAN – 1 Kekosongan
3. PEMBANTU TADBIR – 1 Kekosongan di Bukit Jalil
1. JURUAUDIT – 2 Kekosongan
Kelayakan:
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal/Elektrikal serta mempunyai 4 tahun pengalaman kerja dalam bidang penyeliaan projek di tapak pembinaan di mana sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja adalah di dalam bidang berkaitan Jaminan Kualiti.
- Lulus peperiksaan kursus Ketua Juruaudit ISO 9000.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai 1 tahun pengalaman audit pihak ketiga dengan badan pensijilan berdaftar.
- Fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Sanggup membuat perjalanan jauh dan menggunakan kenderaan sendiri.
2. JURUAUDIT KANAN – 1 Kekosongan
Kelayakan:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kimia/Pemprosesan Minyak Sawit/Teknologi Kimia/Kejuruteraan Elektrik dan minimum 10 tahun pengalaman kerja di mana 6 tahun adalah dalam bidang pemprosesan minyak sawit, stesen janakuasa, operasi landfill dan operasi berkaitan biogas atau pengalaman dalam bidang khidmat perundingan CDM.
- Lulus peperiksaan kursus Ketua Juruaudit ISO 14001.
- Mempunyai pengalaman menjalankan audit.
- Fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Sanggup membuat perjalanan jauh dan menggunakan kenderaan sendiri.
- Mempunyai kefahaman dalam isu alam sekitar, undang-undang berkaitan dengan alam sekitar dan aspek kewangan berkaitan dengan projek CDM.
3. PEMBANTU TADBIR – 1 Kekosongan
Kelayakan:
- Lulus SPM dengan memperolehi minimum 5 kredit termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Minimum 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang perkeranian/pentadbiran.
- Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Mahir dalam Aplikasi Komputer (Microsoft Office).
- Bersedia untuk bekerja lebih masa (jika diperlukan).
CARA MEMOHON:
Calon-calon yang berminat diminta mengemukakan permohonan bertulis dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta kod di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dengan keterangan diri yang lengkap, nombor telefon dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum 3 Mei 2010 kepada:
KETUA
SEKSYEN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.
BLOK 8, TINGKAT 2, KOMPLEKS SIRIM 1,
PERSIARAN DATO’ MENTERI
40911 SHAH ALAM,
SELANGOR.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Tarikh Tutup Permohonan: 3 Mei 2010
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1203)
iklan jawatan kosong kerajaan : Sirim Berhad

Recent Comments