Portal Mencari Pekerjaan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. ARKITEK – GRED J48

SYARAT LANTIKAN:
- Arkitek Grd J44 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Arkitek J48 tetap yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan: dan
(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai kelayakan di 1.1 mereka boleh memohon dan akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan Arkitek Gred J48 bertaraf kontrak dengan kelayakan berikut :-
(a) telah berkhidmat sebagai Arkitek Gred J44 selama 5 tahun; atau
(b) telah berkhidmat sebagai Arkitek Gred J41 selama 8 tahun; atau
(c) berpengalaman dalam bidang berkaitan selama 10 tahun dan berdaftar dengan Badan Profesional Arkitek

CARA MEMOHON:

- Permohonan boleh dilakukan melalui dua pilihan:
(a) Permohonan boleh dibuat secara ‘online’ melalui web MPSP iaitu di http://www.mpsp.gov.my atau
- Menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di Kaunter Berpusat, Tingkat Bawah, Bangunan Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam dengan harga RM2.00 sekeping. Juga boleh memohon borang melalui pos dengan mnghantar sampul surat bersetem 50 sen yang bersaiz 36sm X 23sm beralamat sendiri dan wang pos sebanyak RM2.00 di atas nama Setiausaha Perbandaran.
- Pemohon digalakkan memohon melalui ‘online’ kecuali bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam Jabatan/Agensi Kerajaan.
- Hanya permohonan yang menggunakan borang yang perlu disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan. Permohonan secara ‘online’ tidak perlu kerana dokumen tersebut hanya kan diminta apabila calon yang berjaya dipanggil temuduga.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 10sm ke alamat di bawah:

SETIAUSAHA PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
JALAN PERDA UTAMA, BANDAR PERDA
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG.

- Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat kelayakan akan ditolak

Tarikh Tutup Permohonan : 9 April 2010

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)

Related posts:

  1. iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP)
  2. iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
  3. iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kemaman- (8 kekosongan)
  4. iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)- 15 kekosongan


Author:
admin
Time:
Tuesday, April 6th, 2010 at 3:22 pm
Category:
Kerajaan Pulau Pinang
Comments:
You can leave a response, or trackback from your own site.
RSS:
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
Navigation:

Comments are closed.


Users Online