Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor, Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. PENGARAH EKSEKUTIF – GRED S4 (KONTRAK)
Syarat Lantikan
- Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Tempatan/Luar Negara atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Lulus peperiksaan SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Mempunyai pengalaman luas dalam aspek pengurusan terutamanya hal ehwal dalam bidang sukan tidak kurang daripada tempoh 5 tahun.
CARA MEMOHON
- Calon-calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan resume atau profil peribadi (dikemaskini) yang lengkap beserta gambar berukuran pasport.
- Semua permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir dan sijil-sijil (akademik, profesional dan sebagainya) yang berkaitan. (salinan diakui sah)
- Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A 17.
- Permohonan berikut akan ditolak:
i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
iV) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat.
ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai kepada:
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam
Selangor
(Tel:03-55447478/7544)
Tarikh Tutup Permohonan : 9 April 2010
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1111)
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Sukan Negeri Selangor
Related posts:
- iklan jawatan kosong malaysia : MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR(MAIS)- Pembantu Syariah
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Hulu Selangor
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)
- iklan jawatan kosong kerajaan : Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis