Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Setiu (MDS), Keutamaan adalah untuk rakyat negeri Terengganu. Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29
Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Inspektor Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T6) ;dan
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
CARA MEMOHON :
(i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDS. TR. 1 dengan harga RM 2.00 yang boleh didapati di Bahagian Kewangan, Majlis Daerah Setiu.
(ii) Permohonan hendaklah dihantar kepada;
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SETIU,
WISMA MDS,
22100 PERMAISURI,
SETIU, TERENGGANU.
(sila tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kanan dan tarikh tutup permohonan di sebelah kiri sampul surat)
(iii) Tarikh Tutup Permohonan: 07 April 2010 (Tarikh Iklan 24 Mac 2010)
(iv) Sertakan Salinan:
a) Gambar warna berukuran ‘pasport’ (letakkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b) Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang disahkan; dan
c) Salinan sijil-sijil yang berkaitan
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1118)
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Setiu (MDS)
Related posts:
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Setiu (MDS)
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kemaman- (8 kekosongan)
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Batu Gajah
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBM)