
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. PEGAWAI BELIA & SUKAN – GRED S41
Taraf Jawatan : Kontrak
SYARAT LANTIKAN:
- ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T1 RM1688.89); ATAU
- ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3 RM1869.79); DAN
- lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
(Bagi kakitangan UKM berjawatan tetap sahaja)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Belia dan Suka Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
- mempunyai kelayakan di perenggan (a – b) di atas; ATAU
- lulus Peperiksaan Khas.
CARA MEMOHON:
Sila layari laman web UKM : www.ukm.my/ejob bagi membuat permohonan secara ‘online’.
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri ujian/temuduga.
Tarikh Tutup Permohonan : 8 April 2010
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1126)
iklan jawatan kosong kerajaan : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Recent Comments