iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)
Kerajaan Selangor Add comments
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ), Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1.PUSTAKAWAN – GRED S41
2.JURUTERA – GRED J41
3.PEGAWAI TADBIR – GRED N41
4.PEGAWAI PENGUATKUASA – GRED N41
5.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – GRED U29
6.PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27
7.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F29
8.PENOLONG AKAUNTAN – GRED W27
9.PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN – GRED W27
10.PENOLONG JURUAUDIT – GRED W27
11.ARTIS BUDAYA (KETUA PEREKA TARI) – GRED B31
12.JURURAWAT TERLATIH – GRED U29
13.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA – GRED J29
14.PENOLONG PEGAWAI SENIBINA – GRED J29
15.PENOLONG JURUTERA – GRED J29
16.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) – GRED N17
17.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – GRED N17
18.PEMBANTU KESIHATAN AWAM – GRED U17
19.PEMBANTU PENGUATKUASA – GRED N17
20.JURUTEKNIK (AWAM/SENIBINA) – GRED J17
21.JURUBAHASA – GRED L17
22.JURUBAHASA – GRED L17
23.PEREKA GRAFIK – GRED B17
24.PEMBANTU MUZIUM – GRED S17
25.PEMBANTU PERPUSTAKAAN – GRED S17
26.PEMBANTU JURUAUDIT – GRED W17
27.PEMBANTU AKAUNTAN – GRED W17
28.PEMBANTU TADBIR (PENGAWAS) – GRED N17
29.JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA – GRED J17
30.PENOLONG JURURAWAT – GRED U11
31.PEMBANTU AM PEJABAT – GRED N1
32.TUKANG K3 (TUKANG CAT) – GRED R9
33.PEMANDU KENDERAAN – GRED R3
34.PEKERJA AWAM – GRED R1
Untuk melihat iklan lengkap & syarat kelayakan sila lihat halaman di bawah:
<Iklan Lengkap>
CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping
di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30
petang setiap hari bekerja mulai 24hb Mac 2010 atau mengemukakan satu sampul
surat bersaiz 32sm X 23sm yang beralamat sendiri, bersetem 40 sen dan Wang Pos RM5.00
di atas nama Datuk Bandar MBPJ. Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web MBPJ
(www.mbpj.gov.my). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan
:-
(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan
daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan
luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat
permohonan.
PERHATIAN :
Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan
melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” dan pastikan Laporan Penilaian
Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.
PENTING :
(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.
(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-
DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
Tarikh Tutup Permohonan : 7hb APRIL 2010 (RABU)
iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)

Recent Comments