Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 36 kekosongan

UMT Add comments

jawatan kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT),  Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

TEMU DUGA TERBUKA

1.Pegawai Tadbir
2.Pegawai Pergigian
3.Pegawai Keselamatan
4.Penolong Pegawai Perubatan
5.Penolong Pegawai Farmasi
6.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
7.Jururawat
8.Juruteknologi Makmal Perubatan
9.Juru X-Ray
10.Pembantu Pembedahan Pergigian
11.Atendan Kesihatan
12.Pegawai Undang-Undang
13.Pegawai Kewangan
14.Juruukur Bahan
15.Penolong Pegawai Sains
16.Pelukis Pelan
17.Penjaga Jentera Elektrik
18.Tukang K3
19.Pemandu Kenderaan
20.Pekerja Awam
21.Penolong Pegawai Tadbir
22.Pembantu Am Pejabat
23.Pegawai Penyelidik Sosial
24.Pegawai Penyelidik
25.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
26.Pembantu Kebudayaan
27.Artis Budaya
28.Pembantu Perpustakaan
29.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
30.Penyelia Asrama
31.Pegawai Hal Ehwal Islam
32.Pembantu Hal Ehwal Islam
33.Pegawai Laut
34.Penolong Pegawai Laut
35.Pembantu Laut
36.Juruteknik

Tarikh Temu Duga Terbuka:

Jawatan 1 – 11

23 Mac 2010
(Selasa)
Dewan Sultan Mizan, UMT
9.00 pagi

Jawatan 12 – 20

24 Mac 2010
(Rabu)
Dewan Sultan Mizan, UMT
9.00 pagi

Jawatan 21 – 28

25 Mac 2010
(Khamis)
Dewan Sultan Mizan, UMT
9.00 pagi

Jawatan 29 – 36

26 Mac 2010
(Jumaat)
Dewan Sultan Mizan, UMT
9.00 pagi

KLIK SINI UNTUK SYARAT LANTIKAN

http://job.umt.edu.my/job_online/job2010/

1. Taraf Jawatan

Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. Walau bagaimanapun, UMT berhak melantik mana-mana jawatan secara Kontrak/Sementara/ Sambilan.

2. Umur

Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

3. Cara Memohon

i) Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang lalu dinasihatkan untuk mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

ii) Borang permohonan boleh didapati dan dimuat turun dari laman web rasmi UMT iaitu http://www.umt.edu.my.

iii) Semasa menghadiri temu duga terbuka, pemohon perlu mengemukakan borang permohonan dengan melampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar, seperti berikut:-

(a) Kad Pengenalan/Pasport;
(b) Sijil-sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D) termasuk transkrip penuh peperiksaan;
(c) Surat pengiktirafan JPA (sekiranya memiliki ijazah dari luar negara atau institusi pengajian swasta);
(d) Sijil-sijil Ko-Kurikulum;
(e) Salinan Rekod Perkhidmatan yang telah dikemaskini (Penjawat Awam);
(f) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini (Penjawat Awam);
(g) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada Majikan (Swasta);
(h) Salinan slip gaji terakhir; dan
(i) Biodata lengkap (CV).

iv) Hanya pemohon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga akhir. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh temu duga terbuka adalah dianggap tidak berjaya.

v) Sila hubungi kami menerusi email perjawatan@umt.edu.my atau talian 09-668 4470/4183/4554/5151 untuk sebarang pertanyaan.

vi) Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap tanpa perlu memberikan makluman kepada pemohon.

vii) UMT tidak akan menanggung sebarang tuntutan perjalanan pemohon untuk menghadiri sesi temu duga terbuka ini.

(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1084)

iklan jawatan kosong kerajaan : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in