Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,  Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E44 (7 KEKOSONGAN)

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan mengurus, merancang, mengawal dan penyeliaan anggaran bajet dalam sektor-sektor yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia atau promosi perdagangan atau  keusahawanan atau pertanian atau perhubungan awam serta menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan khidmat sokongan yang ditetapkan oleh LPNM.

2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27 (15 KEKOSONGAN)

Deskripsi Tugas :
Membantu dalam merancang, mengurus, mentadbir dan mengengalikan hal ehwal tanaman nanas diperingkat kawasan yang meliputi tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan projek, pemasaran hasil pertanian, pembangunan usahawanan tani dan lain-lain aktiviti khidmat sokongan yang telah ditetapkan oleh LPNM.

3. PENOLONG AKAUNTAN W27 (1 KEKOSONGAN)

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia system dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

4. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17 (10 KEKOSONGAN)

Deskripsi Tugas :
Membantu pihak pengurusan/penyeliaan dalam urusan merancang, mengesan dan menyelia projek-projek pembangunan yang berkaitan serta aktiviti khidmat pengembangan.

5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 (1 KEKOSONGAN)

Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyeliaan dalam urusan-urusan seperti penyediaan belanjawaan tahunan, pengawalan peruntukan, penyelenggaraan rekod-rekod kewangan dan kutipan hasil.

TARAF JAWATAN:
Taraf Jawatan yang ditawarkan adalah TETAP.

TEMPOH PERCUBAAN:
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan’ yang boleh dimuat turun melalui laman web LPNM: http://www.mpib.gov.my dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport yang terkini dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat.

Permohonan dihantar terus kepada:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
NO. 5, WISMA NANAS,
JALAN PADI MAHSURI,
81200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan jabatan dan agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan peruntukan perkara peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penempatan Perkhidmatan) 2005.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah 22 Mac 2010.

CATATAN AM
1.     Sijil-sijil penyertaan (Mengikut tahun terkini)
2.     Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
3.     Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak LPNM.
4.     Permohonan yang mempunyai kelayakan Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
5.     Permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut turutan seperti berikut;
i)     Salinan Sijil Kelahiran
ii)     Salinan Kad Pengenalan
iii)     Salinan Lesen Memandu
iv)     Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v)     Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi)     Surat sokongan/kebenaran
vii)     Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
viii)     Sijil-sijil penyertaan (Mengikut tahun terkini)

iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia

Related posts:

  1. iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)-25 kekosongan Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi...
  2. iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Getah Malaysia (LGM) iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Getah Malaysia (LGM) Permohonan...
  3. iklan jawatan kosong kerajaan : Kementerian Pertahanan Malaysia (230 kekosongan) Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi...
  4. iklan jawatan kosong kerajaan : BALAI SENI LUKIS NEGARA (BSLN)-2 kekosongan Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi...
  5. iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)- 15 kekosongan iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Permohonan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.



Author:
admin
Time:
Wednesday, March 10th, 2010 at 3:40 pm
Category:
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Comments:
You can leave a response, or trackback from your own site.
RSS:
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
Navigation:

Comments are closed.


Users Online