iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. JURUAUDIT (GRED W41)
Syarat Lantikan :
(a)(i)ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T3); atau
(ii)ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
(iii)Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
(iv)ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9); atau
(v)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10);dan
(b)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. PEMBANTU PERTANIAN (GRED G17)
Syarat Lantikan :
(a) Sijil Institut Pertanian, Kementerian Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8);dan
(b)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3. JURUTEKNIK (AWAM) (GRED J17)
Syarat Lantikan :
(a)Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9); dan
(b)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Hanya calon-calon yang memiliki Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam sahaja yang akan dipertimbangkan ]
UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) :
(a)Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
(b) Pegawai sedang berkhidmat yang layak untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
TARAF JAWATAN : Tetap
TEMPOH PERCUBAAN :
Calon-calon yang dilantik secara terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan tetap adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
PEPERIKSAAN / KURSUS INDUKSI :
Mengikut skim perkhidmatan.
CATATAN AM :
(a)Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
(c) Salinan ijazah/sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan dan disahkan hendaklah disertakan.
CARA MEMOHON :
1. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang MADA Am 3 yang boleh dicetak daripada Laman Web MADA http://www.mada.gov.my
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 ALOR STAR.
[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia]
3. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Mac 2010. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=1022)
iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Related posts:
- iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi...
- Iklan jawatan kosong kerajaan : YAYASAN TERENGGANU Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi...
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBM) iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBM)...
- iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG) iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG)...
- iklan jawatan kosong : LEMBAGA AIR KUCHING / pelbagai jawatan iklan jawatan kosong : LEMBAGA AIR KUCHING / pelbagai jawatan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.