iklan jawatan kosong kerajaan : Kementerian Pertahanan Malaysia (230 kekosongan)
Kementerian Pertahanan Malaysia Add comments
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Tukang K3
Kumpulan : Sokongan
Taraf Jawatan : Tetap
Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :
Tukang Kayu
-Menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan ketukangan kayu
seperti membuat kotak, perabot, memasang lantai, dinding dan
membaiki alat-alat perabot rosak.
-Menjalankan kerja-kerja mengilap barang-barang perabot dan
sebagainya, dengan menggunakan varnish dan mengilap lantai
permainan.
1.2. Jadual Gaji : Gred R9
P1T1 RM721.02 – P1T21 RM1626.04
P2T1 RM763.49 – P2T21 RM1709.28
P3T1 RM807.59 – P3T21 RM1794.23
Jumlah Kekosongan : 22
Kekosongan hanya terdapat di negeri Kedah, Selangor, Johor,
Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Melaka.
2.Pemandu Kenderaan
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
-Ringkasan Tugas : Memandu dan menyenggara kenderaan seperti
lori, bas, van, kereta dan Forklift untuk
kegunaan Kementerian Pertahanan.
Jadual Gaji : Gred R3
P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 – P3T17 RM1493.59
Jumlah Kekosongan : 10
Kekosongan hanya terdapat di negeri Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur,
dan Terengganu.
3.Pekerja Awam Khas
Taraf Jawatan : Tetap
-Kumpulan : Sokongan
-Ringkasan Tugas : Menjalankan tugas berkaitan dengan kerja-kerja
yang menggunakan tenaga seperti menjaga
kebersihan dan mencantikan kawasan serta tugas
Jadual Gaji : Gred R3
P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 – P3T17 RM1493.59
Jumlah Kekosongan : 1
Kekosongan hanya terdapat di negeri Johor
4.Atendan Kesihatan
Taraf Jawatan : Tetap
-Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
Klasifikasi : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Ringkasan Tugas :
-Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan
membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit,
penyediaan peralatan berkaitan, mengambil dan merekod data pesakit dan
sebagainya di unit-unit tertentu.
4.2. Jadual Gaji : Gred U3
P1T1 RM709.59 – P1T18 RM1452.85
P2T1 RM752.06 – P2T18 RM1531.25
P3T1 RM796.16 – P3T18 RM1611.23
Jumlah Kekosongan : 5
Kekosongan terdapat di negeri Kuala Lumpur, Perak dan Kedah.
5.Pembantu Am Pejabat (Pelayan Mes)
(b) Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
Ringkasan Tugas :
(i) Bertanggungjawab mengemas dan menjaga kebersihan
dewan makan di mes pegawai ATM.
(ii) Bertanggungjawab mengatur serta memastikan kebersihan perkakas
hidangan yang digunakan seperti sudu garpu, cawan, pinggan dan
lain-lain sebelum dan selepas digunakan.
(iii) Bertanggungjawab untuk menghidang makanan yang telah
disediakan oleh Tukang Masak pada waktu-waktu yang telah
ditetapkan ke dewan makan.
Jadual Gaji : Gred N1
P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82
Kekosongan : 66
Kekosongan terdapat di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor,
Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang.
6.Pekerja Awam
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan : Sokongan
Ringkasan Tugas : Menjalankan tugas berkaitan dengan kerja-kerja
yang menggunakan tenaga seperti menjaga
kebersihan dan mencantikan kawasan serta tugas
stor atau bengkel.
Jadual Gaji : Gred R1
P1T1 RM647.51 – P1T14 RM1178.43
P2T1 RM689.98 – P2T14 RM1242.09
P3T1 RM734.08 – P3T14 RM1307.38
Jumlah Kekosongan : 123
Kekosongan terdapat di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Negeri
Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Perak.
7.Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
Taraf Jawatan : Tetap
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan : Sokongan
Ringkasan Tugas : Memandu dan menyenggara kenderaan seperti
lori, bas, van, kereta dan Forklift untuk
kegunaan Kementerian Pertahanan.
Jadual Gaji : Gred R3
P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 – P3T17 RM1493.59
Jumlah Kekosongan : 3
Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Kelantan dan Perak.
PANDUAN MEMOHON
- Permohonan boleh dibuat dengan melayari terus melalui laman web :
www.jobsmalaysia.gov.my
-Permohonan dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah
berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan
Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan dokumen
berikut semasa urusan temuduga:-
-Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini; dan
-Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini.
-Umur
-Calon untuk Lantikan Tetap
i) Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18
tahun pada tarikh permohonan;
ii) Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan;
iii) Bekas anggota tentera/polis yang telah menamatkan perkhidmatan
dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh
permohonan.
1.3 Kemudahan-kemudahan dan Elaun-elaun
Pegawai lantikan tetap layak menerima gaji yang ditetapkan mengikut skim
perkhidmatan dan pelbagai kemudahan serta elaun yang sedang
berkuatkuasa di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, seperti berikut:-
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Sokongan II) – RM95.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan -RM180.00
iv) Bayaran Sara Hidup – Antara RM100.00 hingga RM300.00
(mengikut penempatan)
iv) Pinjaman Perumahan
v) Pinjaman Kenderaan
vi) Pinjaman Pembelian Komputer
vii) Kemudahan rawatan percuma di Hospital/Klinik Kerajaan
Viii) Cuti Rehat Tahunan dan cuti-cuti lain yang berkelayakan
Tarikh tutup permohonan ini pada 12 Mac 2010.
iklan jawatan kosong kerajaan : Kementerian Pertahanan Malaysia

Recent Comments