Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, Universiti Putra Malaysia (3 kekosongan)

UPM Add comments

jawatan kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, Universiti Putra Malaysia:-

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (GRED N17)

SYARAT LANTIKAN
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan jawatan
c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Kredit Bahasa Melayu dan 4 Kredit dalam mana-mana matapelajaran)
(Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer)

2. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT17)

SYARAT LANTIKAN
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan jawatan
c. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat
d. Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) atau bidang teknologi daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
e. Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N27)

SYARAT LANTIKAN
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan jawatan
c.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
d.Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
e.Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan (Kumpulan Sokongan) yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM) atau muat turun di laman web http://admin.upm.edu.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di bawah sebelum atau pada 23 Februari 2010 (Selasa):

Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
(u/p:Tn. Hj. Amran bin Zakaria)
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=975)

iklan jawatan kosong kerajaan : Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, Universiti Putra Malaysia

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in