Portal Mencari Pekerjaan

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Kerajaan Perak Add comments

jawatan kosong

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)- 8 kekosongan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. JURUTERA AWAM (Gred J41)
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (Gred N32)
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (Gred U32)
4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA (Gred J29)
5. PENOLONG JURUAUDIT (Gred W27)
6. PEMBANTU PENGUATKUASA (Gred N22)
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (Gred W17)
8. PENGHANTAR NOTIS (Gred N3)

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDBG1 yang boleh didapati dengan bayaran RM2.00 atau  mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 32cm x 22cm berserta Wang Pos RM2.00  dan bersetem 50 sen kepada alamat seperti yang tercatat dibawah atau mengambil sendiri di Jabatan Khidmat Pengurusan,  Aras 1, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Batu Gajah.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran passport.

Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005  dengan menyertakan salinan Penyata Perkhidmatan bertaip yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

1. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan.
2. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.
3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
4. Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis Daerah  Batu Gajah.

Alamat Permohonan:-

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH,
JALAN HAJI ABDUL WAHAB,
31000 BATU GAJAH

Tarikh tutup permohonan pada atau sebelum:  25 Februari 2010

iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

Comments are closed.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in