
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti didalam iklan.
1.PEMANDU KENDERAAN (GRED R3)
SYARAT LANTIKAN
a) i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lessen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
* Lesen H P1T5
(Traktor / Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg) dan
b)Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
c)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i)Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) (ii) dan (iii) di atas; dan
ii)Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MEMOHON
a)Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang MPM 2 yang boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Manjung bernilai RM1.00 sekeping ATAU boleh dimuat turun (download) dari portal Majlis Perbandaran Manjung dengan melayari www.mpm.gov.my
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
b)Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil yang berkaitan, sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan, sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
c)Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 11sm disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.
d)Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya;
-tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
-tidak lengkap atau tidak terang;
-tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
-tidak ditulis Nombor Kad Pengenalan;
-tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
-tidak ditandatangani;
HAD UMUR
Calon-calon bagi lantikan hendaklah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan .
TARAF JAWATAN ADALAH BERTARAF KONTAK
Permohonan hendaklah sampai kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN
Tarikh Tutup Permohonan: 10 Februari 2010
(source:http://jobless.my/modules/jobs/index.php?pa=viewlistings&lid=938)
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
Related posts:
- iklan jawatan kosong/ kerja kosong kerajaan/ job malaysia : Majlis Perbandaran Muar (MPM)
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kemaman- (8 kekosongan)
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
- iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH (MPAG)
