
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ). Keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Selangor.
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27
1.1 (a) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Sambilan
(d) Jadual Gaji N17 : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 – P2T24 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 – P3T24 RM3405.26
(e) Kekosongan : 1
1.2 Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau
(iii) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau
(iv) diploma dalam bidang komunikasi massa (perhubungan awam)
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N17
2.1 (a) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Taraf Jawatan : Kontrak/Sambilan
(d) Jadual Gaji N17 : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95
(e) Kekosongan : 5 Kontrak / 2 Sambilan
2.2 Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan;
dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan
mengendalikan komputer).
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping
di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30
petang setiap hari bekerja mulai 29 Januari 2010 atau mengemukakan satu sampul
surat bersaiz 32sm X 23sm yang beralamat sendiri, bersetem 40 sen dan Wang Pos RM5.00
di atas nama Datuk Bandar MBPJ. Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web MBPJ
(www.mbpj.gov.my). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan
:-
(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan
daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan
luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat
permohonan.
Iklan lanjut, borang permohonan & cara memohon boleh didapati menerusi link dibawah:
http://www.mbpj.gov.my/web/guest/job_vacancies
Tarikh Tutup Permohonan: 11hb FEBRUARI 2010
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ)

Recent Comments