
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Setiu (MDS)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Daerah Setiu (MDS)
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Gred J29)
Syarat Lantikan:
-warganegara Malaysia
-Diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf
-Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM.
2. Penolong Jurutera (Gred J29)
Syarat Lantikan:
-warganegara Malaysia
-Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf
-Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM.
Cara Memohon:
i.Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDS. TR. 1 dengan harga RM2.00 yang boleh didapati di Bahagian Kewangan, Majlis Daerah Setiu.
ii.Sertakan salinan gambar berukuran passport, Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan dan Sijil-Sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
Permohonan hendaklah dihantar kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SETIU
WISMA MDS
22100 PERMAISURI
SETIU, TERENGGANU
(Sila tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kanan dan tarikh tutup permohonan di sebelah kiri sampul surat)
Tarikh Tutup Permohonan: 25 Januari 2010
iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Daerah Setiu (MDS)

Recent Comments