iklan jawatan kosong malaysia : Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat negeri Selangor dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
Taraf : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
Klasifikasi Perkhidmatan : Sokongan
Gred Jawatan : S27
2.1. Jadual Gaji : P1 T1 RM 1204.55 – P1 T26 RM 3027.10
P2 T1 RM 1274.13 – P2 T26 RM 3213.25
P3 T1 RM 1346.73 – P3 T26 RM 3405.26
2.2. SYARAT- SYARAT LANTIKAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(c) Warganegara Malaysia;
(d) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
( c ) ( i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred S27 : P1T5 )
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan .
(Keutamaan diberikan kepada calon lelaki dan mempunyai pengkhususan
dalam bidang Komunikasi Massa)
TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :-
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii. Permohonan daripada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iii. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan;
iv. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
v. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ( 3 ) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
PERMOHONAN :-
Borang (MPS 1 ) boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai/naskah atau boleh didapati melalui Laman Web MPS www.mps.gov.my.
Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat kepada :-
Jabatan Khidmat Pengurusan
Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang,
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh tutup permohonan ialah pada :
22hb. Januari 2010 ( pukul 5.00 petang )
(Keutamaan diberi kepada anak Negeri Selangor)
iklan jawatan kosong malaysia : Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
Related posts:
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Dipelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari...
- Iklan jawatan kosong: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Iklan jawatan kosong: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Tarikh tutup permohonan:...
- iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPS) iklan jawatan kosong kerajaan : MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPS) Permohonan...
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kemaman- (8 kekosongan) iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kemaman Permohonan adalah...
- iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)- 15 kekosongan iklan jawatan kosong kerajaan : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Permohonan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.