iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Sembilan dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Pegawai Tadbir
Gred N41 (TETAP)
2.Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
Gred J29 (TETAP)
3.Penolong Pegawai Penilaian
Gred W27 (TETAP)
4.Penolong Pegawai Penguatkuasa
Gred N27 (TETAP)
5.Penolong Akauntan
Gred W27 (TETAP)
6.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Gred U29 (TETAP)
Iklan lengkap boleh dilihat menerusi link di bawah:
http://www.mdkp.gov.my/jawatankosong
Borang boleh dilihat menerusi link di bawah:
http://www.mdkp.gov.my/html/themes/nsm_mdkp/images/nsm_mdkp_images/Borang/jawksg.PDF
CARA MEMOHON
(1 ) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati daripada Urus setia Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dibuka dengan bayaran tunai RM1.00 atau menyertakan sampul surat beralamat sendiri dengan setem yang mencukupi serta wang pos berjumlah RM1.00.
( 2) Borang juga boleh didapati secara proses muat turun daripada lama web rasmi MDKP, http://www.mdkp.gov.my dengan menyertakan wang pos RM1.00 sekiranya permohonan dihantar melalui pos dan membayar secara tunai apabila borang diserah sendiri oleh pemohon.
( 3 ) Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama mengikut P.U.(A)176/2005.
( 4 ) Tarikh tutup iklan ialah pada : 30/12/2009
( 5 ) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai kumpulan A (Pengurusan & Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, JP, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan yang setaraf beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan
Related posts:
- iklan jawatan kosong kerajaan : SUK Negeri Sembilan Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi...
- iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Tampin iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Tampin Permohonan adalah dipelawa...
- iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Yong Peng iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Yong Peng Permohonan adalah...
- iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Kuala Langat iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Kuala Langat Permohonan adalah...
- iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Tapah iklan jawatan kosong : Majlis Daerah Tapah Permohonan adalah dipelawa...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.