
iklan jawatan kosong : Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Fakulti Perubatan Kampus Shah Alam, Selayang dan Sg.Buloh.
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1.ATENDAN KESIHATAN (GRED U3)
SYARAT LANTIKAN
(a)tamat Tingkatan Tiga Sekolah Menengah bantuan penuh Kerajaan;DAN
(b)boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
UMUR
a.Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
b.Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a.Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
b.Setiap permohonan MESTILAH disertakan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.
c.Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.
d.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Fakulti Perubatan, Aras 20 Menara 1, Kompleks Sains & Teknologi, UiTM Shah Alam. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 28 Disember 2009.
Sila kemukakan permohonan kepada:
DEKAN
FAKULTI PERUBATAN
ARAS 20, MENARA 1
KOMPLEKS SAINS & TEKNOLOGI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
NO.TEL: (03) 5544 2834/ 2836/ 2984/ 3979/
(03) 5521 1278/ 1972
EMAIL: webmastermedic@salam.uitm.edu.my
(http://www.jobsmalaysia.info/2009/12/jawatan-kosong-universiti-teknologi-mara-uitm/)
iklan jawatan kosong : Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Recent Comments