iklan jawatan kosong : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Jurutera Awam - Kontrak (Contract For Service) - 2 Tahun (1+1)
Lokasi : Pejabat FAMA Negeri Sarawak
Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi -institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
4. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang penyeliaan tapak
Bidang Tugas:
1. Menyelia pelaksanaan kerja-kerja pembinaan projek fizikal yang dijalankan oleh kontraktor
2. Menjadi penghubung antara pihak FAMA dan pihak perunding
3. Memberi laporan berkaitan perjalanan projek kepada Cawangan Kejuruteraan di Ibu Pejabat.
Gaji : antara RM4,000 – RM5,000 (termasuk elaun)
Catatan keterangan am:
1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di laman web FAMA
Borang Jawatan Kosong boleh didapati di http://mail.fama.gov.my/Borang%20Disember%202009%5B1%5D.doc
Iklan Lengkap boleh didapati menerusi link
http://www.fama.gov.my/jobs
2. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
3. Tarikh tutup permohonan : 21 Disember 2009
4. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. Borang yang lengkap beserta gambar pasport terbaru, salinan Kad Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil Akademik yang telah diakui sah hendaklah dihantar kepada :-
Ketua Pengarah FAMA,
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304, Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang, 68100,
Selangor
(u/p: Cawangan Perjawatan)
iklan jawatan kosong : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Related posts:
- iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi...
- iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)...
- iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (LKPK) iklan jawatan kosong kerajaan : Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (LKPK)...
- iklan jawatan kosong : Lembaga Muzium Negeri Pahang (LMNP) iklan jawatan kosong : Lembaga Muzium Negeri Pahang (LMNP) Permohonan...
- iklan jawatan kosong : Lembaga Zakat Selangor (MAIS) iklan jawatan kosong : Lembaga Zakat Selangor (MAIS) Permohonan adalah...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.