
jawatan kosong : Institut Kefahaman Islam Malaysia
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).
Penolong Pegawai Pemasaran
1.1 (a) Kumpulan : Sokongan
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Tempoh Percubaan : 2 Tahun
1.2 Jadual Gaji : RM1,735.44 x 90.75 – RM3,641.19
(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)
(a) Elaun
(i) Khas
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan
(iii) Bantuan Sara Hidup :
:
:
RM 160.00
RM 180.00
RM 300.00
1.3 Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:
Warganegara Malaysia;
Diploma di dalam bidang pemasaran dari Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Mempunyai 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiriaf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
1.4 Bidang Tugas : Membantu Pegawai Pemasaran di dalam tugas-tugas mempromosi dan memasarkan produk-produk IKIM.
Cara Permohonan
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-
a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.
Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189
sebelum atau selewat-lewatnya pada 30/09/2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.
iklan jawatan kosong : Institut Kefahaman Islam Malaysia

Recent Comments